ECOMMERCE SHOPPERMANIACSTORE TELAH MULA BEROPERASI PENUH

ECOMMERCE SHOPPERMANIACSTORE TELAH MULA BEROPERASI PENUH

E

ECOMMERCE SHOPPERMANIACSTORE TELAH MULA BEROPERASI PENUH

Namun saya tidak melakukan apa-apa proses marketing kerana masih lagi ingin mempelajari sistem ECommerce yang dapatkan melalui EasyStore.


Namun ada beberapa kesilapan kami dimana kami telah mendapatkan produk sendiri dengan kerjasama rakan saya dengan menubuhkan produk wangian jenama HG Perfume.


Dengan harapan, melalui ECommerce ini kami dapat menfokuskan penjualan minyak wangi kami ini.


ECOMMERCE SHOPPERMANIACSTORE TELAH MULA BEROPERASI PENUH


Namun tindakan yang pantas ini memakan diri kerana kami mendapati kami perlukan masa untuk mempelajari sistem ECommerce Easy Store ini berfungsi dan bagaimana untuk setting payment atau checkout semuanya memakan masa.


Belum lagi melibatkan design website yang sesuai dengan produk kami serta kos pemasaran yang kami tidak bincangkan semasa membuat ECommerce ini.


Pada masa yang sama kami menghadapi masalah menguruskan masa. Pada masa itu saya menumpukan penjualan EBook kami yang dalam proses branding dan sekaligus ini membantutkan perjalanan ECommerce ini.


Saya mengambil keputusan, pendamkan dahulu ECommerce ini dan tumpukan pada perkara yang lebih penting yang sedang kami lakukan. Melalui pengalaman saya, jika terlalu tamak mahu buat semua kerja maka anda akan gagal kesemuanya.


Lagipun tujuan saya membuat kedai Shopee Shoppermaniac, Membuat 2 blog dan satu sales pages  iaitu shopeefunnel dan shopeefunnelonline dan shoppermaniac.com bertujuan untuk berkongsi ilmu saya dengan anda bukannya terkejar-kejar mencari pendapatan tambahan.


Penubuhan You Tube Channel Shoppermaniac pun ditubuhkan untuk berkongsi ilmu dengan anda dan penjualan EBook adalah sebagai menampung kos untuk saya menganalisa FB Ads, Shopee Ads serta beberapa pelaburan seperti membeli ECommerce ini serta SEO Uber Suggest.


Dan kini saya hendak berkongsi dengan anda perjalanan terakhir sebagai bisnes online yang bermula dari Shopee dan kini saya berjaya menubuhkan ECommerce sendiri iaitu Shoppermaniacstore.


Dan untuk memastikan perjalanan Peta Bisnes On Line Shoppermaniac ini kami memasukkan produk Kumoten di dalam ECommerce ini dengan sync melalui Lazada.


Saya tidak mahu mengganggu kedai Shopee Shoppermaniac kami yang konsisten penjualannya dengan membuat eksperimen ini. Sudah tentu jika kami berjaya sync dengan produk Kumoten di Lazada dimasukkan ke ECommerce ini kami akan mula memasukkan produk dari Shopee.



ECOMMERCE SHOPPERMANIACSTORE TELAH MULA BEROPERASI PENUH
Anda sudah boleh mula membeli produk kami di ECommerce ini yang kami tumpukan niche House Product atau Produk Rumah yang khusus untuk wanita.



Dalam Ecommerce anda harus mempunyai niche supaya pembeli tidak keliru dengan produk anda.


Diharap dengan kami dapat membantu merealiasasikan impian anda melalui eksperimen yang kami lakukan supaya anda boleh meneruskan bisnes anda dengan pantas dan jadikan kesilapan kami sebagai nasihat kami untuk anda.

Saya perlu melakukan banyak kerja untuk memastikan ECommerce ini mendapat jualan yang baik .